Bengkel
yang diadakan selama sehari ini didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang
dipimpin oleh Awang Md. Eddy Effendy@Md. Hardi bin Mahdeli. Bengkel Perkamusan ini memberikan banyak manfaat dan ilmu
kepada para peserta. Begitu juga hasil daripada bengkel tersebut yang turut menyumbang
ilmu baharu kepada staf yang baru berkecimpung dalam bidang perkamusan dan
peristilahan sebagai usaha penyegaran minda. Selain itu, bengkel ini
juga turut menambah ilmu atau kemahiran
kepada ahli leksikografi yang berpengalaman, khususnya dari aspek semantik dan
pragmatik untuk memperbaiki kelemahan kaedah pendefinisian yang lalu, khususnya
Kamus Bahasa Melayu Brunei, Kamus Bahasa Melayu Nusantara dan
kamus istilah.