Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PERTANDINGAN PIDATO KEBANGSAAN BRUNEI DARUSSALAM 2021 (PPKBD2021)

Pertandingan dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan Doa Selamat  yang dipimpin oleh  Awang Md. Hardy bin Mahdeli dan seterusnya ucapan alu-aluan oleh Dayang Hajah Sariani binti Haji Ishak, Pemangku Timbalan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dalam peringkat saringan ini, para peserta menyampaikan pidato dengan tema ‘Menjayakan Wawasan Negara’ berdasarkan cara dan gaya persembahan masing-masing.

 

Pada peringkat saringan ini juga, para panel hakim telah sebulat suara memilih seramai empat orang peserta untuk mara ke pertandingan akhir yang diperadukan pada hari Selasa, 01 April 2021, di tempat yang sama. Di akhir acara turut diadakan sesi bergambar ramai  bersama Pemangku Timbalan Pengarah DBP, panel hakim, peserta pidato  dan ahli jawatankuasa kerja PPKBD2021.

Attachments
Created at 3/18/2021 4:48 PM by Masni Binti Moktal
Last modified at 3/20/2021 8:28 AM by Masni Binti Moktal