Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

MAJLIS KEMUNCAK KARNIVAL MEMPERKASA BUDAYA MEMBACA

7F242AF3-BE87-4CB1-BEF8-3B6E6D7CF557.jpeg

Majlis disempurnakan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku wakil peribadi Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Majlis diselajurkan dengan pelancaran perkhidmatan e-Buku Perpustakaan DBP, penyampaian Hadiah Kerajinan Membaca kepada ahli-ahli perpustakaan di seluruh negara, penyampaian Hadiah Cabaran Lost in The Library, penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu bagi peperiksaan Brunei Cambridge GCE Peringkat O dan A serta Penyampaian Hadiah Lantera Bahasa.

Karnival Memperkasa Budaya Membaca merupakan acara tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam usaha untuk menyemai minat membaca dalam kalangan rakyat dan penduduk di negara ini.
Attachments
Created at 11/23/2022 7:54 PM by Nor Rafidah binti Hj Mokhtar
Last modified at 11/24/2022 7:25 AM by Nor Rafidah binti Hj Mokhtar