


Pada sebelah malam pula diadakan Majlis Cocktail Reception dan Gala Dinner yang menghimpunkan para penerima anugerah dan seluruh jemputan khas Anugerah Penulis Asia Tenggara. Majlis diserikan dengan deklamasi sajak daripada penerima anugerah termasuk Dr. Haji Morsidi, kemudian majlis diselajurkan dengan penyampaian honorarium kepada para penerima anugerah oleh Dr. Sumet Tanaivejkul, Pengerusi Anugerah Penulis Asia Tenggara.
Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Abdul Mateen bin Haji Mohamed Deli, Setiausaha Pertama dan hadir bagi pihak Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Thailand serta Yang Mulia Dato Seri Paduka Lim Jock Hoi, mantan Secretary-General of ASEAN dan Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.