​Hadir selaku tetamu khas ialah Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Taklimat disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd Abdoh bin Haji Awang Damit, Pemangku Pengarah Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, iaitu Yang Berhormat Awang Haji Md. Salleh bin Haji Othman dan Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin selaku antara komuniti pantun yang hadir di samping wakil-wakil daripada beberapa persatuan dan agensi, iaitu Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) Brunei Darussalam, Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR), Pusat Kegiatan Warga Emas Daerah Brunei dan Muara, Pusat Kegiatan Warga Emas Daerah Temburong, Kumpulan Putra Seni (KPS), Penggiat Seni Tanah Air Brunei (PeSTAB), Sutera Memento dan orang perseorangan terdiri daripada pakar-pakar, penerima-penerima anugerah, pensyarah-pensyarah, penulis-penulis dan pemukun/pendundang/pemantun.
.jpeg)
.jpeg)
Pendukung pantun yang hadir terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan dari Jabatan Muzium-Muzium Brunei, Pusat Sejarah Brunei, Jabatan Sekolah-Sekolah, Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja (MTMIB), Jabatan Daerah Belait, Jabatan Daerah Temburong dan Jabatan Penerangan.
