MESYUARAT PERSIAPAN DIALOG TELUK BRUNEI KE-12, 2026 ANJURAN ASTERAWANI BRUNEI DARUSSALAM DENGAN KERJASAMA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DAN KUMPULAN PUTRA SENI

Sabtu, 2 Rabiulawal 1448 | 15 Ogos 2026

Mesyuarat Persiapan Dialog Teluk Brunei Ke-12, 2026 telah dilaksanakan bagi memastikan kelancaran aspek penyelarasan dan perancangan projek demi mencapai sasaran objektif penganjuran.

Projek diungkayahkan oleh Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (Asterawani) Brunei Darussalam, dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Sastera dan Majalah dan Kumpulan PUTRA Seni (KPS).

Mesyuarat dihadiri oleh Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah DBP, Yang Mulia Prof. Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah, Ketua I Asterawani dan Yang Mulia Awang Mohd. Zefri Ariff bin Mohd. Zain Ariff, Ketua I KPS selaku Pengerusi Bersama Dialog Teluk Brunei Ke-12, 2026.

Turut hadir ialah Yang Mulia Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Pemangku Timbalan Pengarah DBP, para pegawai dan kakitangan DBP, serta ahli-ahli Asterawani dan KPS.