Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAnnouncements

  
Front page Description
Front page image
  
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 3 Ogos 2019 - Hari Belia Kebangsaan (HBK) yang disambut pada setiap 1 Ogos merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan terhadap pergerakan belia di negara ini. HBK juga merupakan wadah kepada para belia untuk mengadakan perjumpaan khusus bagi menghargai sumbangan dalam pembangunan belia.


030819-HariBelia-HM signing.jpg

8/3/2019 8:00 AM
  

BERAKAS, Sabtu, 3 Ogos 2019Para belia wajar tampil ke hadapan untuk memainkan peranan, mereka tidak boleh jumud (beku) tetapi mustahak untuk aktif dan dinamik sepanjang masa. Para belia kita tidak lagi terkurung dalam kekosongan, tetapi muncul membawa idea-idea baharu untuk kehidupan.


DSC_0100.jpg

8/3/2019 8:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 17 Mac. – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bercemar duli dan merasmikan Festival Layang-Layang (Kikik) Antarabangsa Kali Pertama. 

Kikik Fest_FP.JPG

3/17/2019 9:00 AM
  

TEMBURONG, Khamis, 14 Mac 2019 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Upacara Perbarisan Tamat Latihan PKBN Pengambilan Ke-8 yang diadakan di Padang Kawad PKBN, Kem Latihan PKBN Batu Apoi, Temburong.

140319-PKBN Tamat Latihan (8).jpg

3/14/2019 9:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 24 Februari 2019 - Acara Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2019 bagi menyemarakkan lagi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35 berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

240219-RiadahBasikal.penerangan.4.jpg

2/24/2019 8:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Februari 2019 - Ribuan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam membanjiri ibu negara bagi sama-sama meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35, Tahun 2019 (HK35).

HK35.HM-royal dais2.jpg

2/23/2019 8:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 22 Februari 2019 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-35, Tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi berlangsung di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara.

220219MajlisKesyukuran-Penerangan.1.jpg

2/22/2019 6:00 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 10 November 2018 - Keberangkatan DYTM ke Mesyuarat Post Mortem Kejohanan Sukan Olimpik Belia Musim Panas Kali Ke-3 di Buenos Aires, Argentina, yang berlangsung di Bilik Persidangan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah amatlah bermakna dan mencerminkan sifat keprihatinan DYTM yang berterusan terhadap usaha untuk memajukan sukan di negara ini.

101118-post mortem sukan belia musim panas buenos aires.1.jpg

11/10/2018 9:00 AM
  

BERAKAS, Rabu, 19 September 2018 – Mesyuarat Post-Mortem Sukan Asia Ke-18 (18th Asian Games) Jakarta-Palembang, Indonesia 2018, telah mendengarkan laporan mengenai prestasi, pencapaian para atlet kebangsaan, cadangan-cadangan bagi penambahbaikan pada mesyuarat yang berlangsung di Bilik Persidangan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Post-motem Sukan Asia Ke-18.19.09.18.2.jpg

9/19/2018 9:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 2 September 2018 - Riadah Berbasikal Hari Belia Kebangsaan (HBK) 2018 membuktikan bukan hanya sekadar aktiviti kesihatan diri, malah mampu menyatupadukan perpaduan daripada segenap lapisan rakyat dan penduduk di negara ini.

Riadah Berbasikal Hari Belia02.09.18-3.JPG

9/2/2018 7:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Ogos 2018 - Para atlet kebangsaan yang menyertai Sukan Asia Ke-18 disaran untuk sentiasa memberikan dedikasi, komitmen, dan disiplin yang tinggi dalam menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Penyerahan Bendera14.08.18.Pg Bendahara speech.jpg

8/14/2018 9:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 8 Ogos 2018 - Majlis Malam Gala sempena Penutup Forum Kanak-kanak ASEAN (ACF) Ke-5  berlangsung di Serambi Suluh, Tarindak D'Seni, Bandar Seri Begawan.

IMG_7270.JPG

8/8/2018 7:00 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 Ogos 2018 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan (HBK) Ke-13 Tahun 2018 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Hari Belia-penyampaian anugerah.4.jpg

8/1/2018 10:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 Ogos 2018 - Program I-Usahawan akan memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha belia tempatan bagi mengambil bahagian di dalam tender untuk kontrak-kontrak berisiko rendah dan sebagainya.

Hari Belia 01.08.18-Gambar HM.Usahawan.jpg

8/1/2018 9:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 22 Julai 2018 - Riadah Berbasikal Keputeraan jelas memperkukuhkan lagi hubungan pemimpin negara bersama rakyat menjurus kepada kepentingan budaya sukan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

RBK2018_FP.JPG

7/23/2018 4:00 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 7 Jun 2018 - Majlis Perhimpunan Bertadarus Al-Quran Belia Senegara 1439H / 2018M  bagi belia lelaki yang mengumpulkan seramai lebih 2,000 belia berlangsung di Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kiarong.

Tedarus Al-Quran Belia Senegara-Lelaki-Masjid Jame.07.06.18.jpg

6/7/2018 10:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 7 Jun 2018 - Lebih 1,000 beliawanis daripada agensi-agensi kerajaan, persatuan-persatuan belia, penuntut-penuntut, bekas peserta-peserta program belia dan orang perseorangan menyertai Majlis Perhimpunan Bertadarus Al-Quran Belia Senegara bagi Tahun 1439 Hijrah / 2018 Masihi.

Tadarus Al-Quran Belia Senegara-Masjid SOAS-07.06.18-1jpg.jpg

6/7/2018 9:00 AM
  

Bandar Seri Begawan, 6 Mei 2018 - Suasana di ibu negara bertambah meriah dan ceria dengan acara kemuncak Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan (HKK) tahun ini, iaitu Riadah Berbasikal Keluarga Harmoni 2018.

HKK-Bandarku Ceria-Penerangan.1.jpg

5/7/2018 7:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 5 Mei 2018 - Piala Hassanal Bolkiah (HBT) Kejohanan Bola Sepak bagi Belia ASEAN 2018 mencatatkan sejarahnya kali ini dengan menyaksikan Timor Leste menjulang juara buat pertama kali apabila berjaya membenam harapan pasukan Kemboja yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

HBT closing-HB giving prize.jpg

5/5/2018 9:00 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 April. -  Piala Hassanal Bolkiah Kejohanan Bola Sepak Bagi Belia ASEAN 2018 (HBT 2018) merupakan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama NFABD bermula malam tadi sejurus Upacara Pembukaan Rasmi HBT 2018 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

HBT Opening-HM lighting.jpg

4/23/2018 8:00 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Mac 2018 - Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Kali Kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Hassanal Bolkiah bagi Belia ASEAN 2018 (HBT 2018) diadakan di Bilik Persidangan, Stadium Negara Hassanal Bolkiah (SNHB).

Mesyuarat HBT-meeting.1.jpg

3/28/2018 9:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 24 Mac 2018 - Majlis Penyerahan Bendera Negara kepada Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Komanwel Ke XXI 2018 Gold Coast, Australia berlangsung di Bilik Hijau, Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

Penyerahan Bendera Commonwealth.bendera.jpg

3/24/2018 10:00 AM
  

TEMBURONG, Khamis, 15 Mac. - Kewujudan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) amatlah penting, kerana melaluinya, kita dapat membentuk modal insan belia yang optima, yang memiliki jati diri dan semangat patriotisme yang kental.

''Semangat seperti ini perlu terus dipupuk untuk mencapai 'Brunei Maju' menjelang 2035,'' titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan PKBN Pengambilan Ke-7 yang berlangsung di Kem Latihan PKBN, Kampung Batu Apoi, di sini. 

DSC_6102.jpg

3/17/2018 10:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 25 Februari. - Keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama berangkat memeriahkan Riadah Berbasikal Semangat Kebangsaan 2018 jelas mencerminkan bahawa hubungan raja dan rakyat itu tidak ada tembok dan pemisah.


INFODEPT10_001.jpg

2/26/2018 2:00 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 16 Februari 2018Bendera besar Negara Brunei Darussalam berkibar megah di kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan NBD yang ke-34.

DSC_5006.jpg

2/16/2018 8:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 8 Februari 2018 Seramai 66 atlet, 20 jurulatih dan penolong jurulatih, dan 10 Persatuan Sukan Kebangsaan telah menerima Ganjaran Kemenangan Skim Penggalak Kecemerlangan Sukan (SPKS) di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

DSC_4077.JPG

2/8/2018 2:00 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 24 Januari 2018 - Pesta Pengguna Ke-20 (CF20) bemula hari ini hingga 28 Januari di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan serta aktiviti menarik untuk para pengunjung.

DSC_7125.JPG

1/24/2018 10:00 AM
  

TUTONG, Selasa, 26 Disember 2017 Pemangku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong dan Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat mengadakan pemantauan situasi banjir di Daerah Tutong dan seterusnya mengadakan lawatan ke kampung-kampung yang terjejas oleh banjir.

20171227_National6.jpg

12/26/2017 9:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Disember 2017 - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) serta Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) mengadakan Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa dan Hari OKU Antarabangsa 2017 yang berlangsung di Dewan Riadah, Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.

DSC_3256.jpg

12/23/2017 9:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 17 Disember 2017 - Riadah Amal sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-24 Tahun 2017 anjuran bersama Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Institut Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dan Jabatan Belia dan Sukan diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

DSC_6229.jpg

12/17/2017 7:00 AM
1 - 30Next