
Logo terdiri daripada empat elemen utama, iaitu tujuh bintang berwarna kuning, tangan yang menadah, angka 35 dalam bentuk peta Negara Brunei Darussalam dan lingkaran anak panah yang menuju ke panji-panji negara. Empat elemen utama ini melambangkan Negara Brunei Darussalam mempunyai empat daerah yang sama-sama bersatu dalam pembangunan negara.