Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksJawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam

JAWATANKUASA TETAP BAHASA MELAYU BRUNEI DARUSSALAM (JKTBMBD)

Semenjak tahun 1981 hingga 1984, Negara Brunei Darussalam pada ketika itu telah menghantar rombongan pemerhati ke Sidang Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM), dengan tujuan untuk meninjau kerjasama antara kedua-dua buah negara dalam bidang kebahasaan. Pada 4 November 1985, iaitu pada Sidang Ke-24 MBIM di Jakarta, Negara Brunei Darussalam yang telah mencapai kemerdekaan telah diterima dengan rasminya menganggotai Majlis Bahasa ini. Dan bertitik tolak dari itu, singkatan MBIM ditukar menjadi akronim MABBIM, iaitu singkatan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia.

Negara Brunei Darussalam menganggotai Majlis Bahasa Serantau ini melalui titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu dengan tertubuhnya satu jawatankuasa tertinggi yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Brunei Darussalam (JKTBMBD).  Badan ini diberi kuasa penuh dalam hal-hal kebahasaan yang meliputi ejaan, istilah dan tatabahasa. JKTBMBD dibentuk pada 9 Mac 1985 bagi melaksanakan Pernyataan Bersama tiga buah negara anggota iaitu Brunei Darussalam-Indonesia dan Malaysia.

Keanggotaan

Ahli JKTBMBD dianggotai oleh 10 orang ahli yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kerajaan. Mereka dilantik oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merangkap Pengerusi JKTBMBD, manakala Cawangan Peristilahan (DBP) menjadi Urus setia mesyuarat JKTBMBD, Sidang Pakar MABBIM dan Sidang Eksekutif MABBIM yang diadakan di Negara Brunei Darussalam.

Tugas JKTBMBD:

  1. Berusaha menyempurnakan dan melengkapkan sistem ejaan bahasa Melayu;
  2. Berusaha menyempurnakan dan melengkapkan pedoman umum dan pedoman khusus peristilahan serta  menyelaras istilah-istilah bahasa Melayu;
  3. Menjadi badan tertinggi dalam menentukan dasar penyempurnaan pedoman-pedoman pembentukan istilah bahasa Melayu di Negara Brunei  Darussalam; dan
  4. Memjalinkan kerjasama yang rapat dengan Negara Malaysia dan Republik Indonesia melalui Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM).

     

    Ahli Yang Sedang Berkhidmat:

    1. Pengerusi
        Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka 
        Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin

    2.  Setiausaha
         Pegawai Bahasa, Unit Peristilahan

         Pengiran Hajah Rosenani binti Pengiran Haji Halus

    3. Ahli-ahli Jawatankuasa terdiri daripada;


        3.1 Pengarah Perkembangan Kurikulum

        3.2 Peguam Negara

        3.3 Pengarah Pengajian Islam

        3.4 Ketua Bahagian Pembinan dan Pengembangan  Bahasa (DBP)

        3.5 Wakil Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik, UBD

               i. Profesor Madya Dr. Haji Jaludin bin Haji Chuchu (Prof. Madya)

              ii. Dr. Hajah Fatimah binti haji Awang Chuchu (Pensyarah Kanan)
        

    4.    Lantikan Atas Peribadi

    4.1  Prof. Dr. Noor Azam bin OKMB Haji Othman

              Dekan Fakulti sastera dan Sains Sosial

    4.2  Dr. Yabit Alas

              Pengarah Pendidikan Berterusan

    4.3  Dr. Aini binti Haji Karim

               Pensyarah   

Dengan perasmian penubuhan jawatankuasa istilah hari ini melambangkan lagi satu pencapaian negara dalam memenuhi rangka kerja serantau dan ke arah matlamat memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu. Jawatankuasa ini dihasratkan akan dapat bergiat dengan lebih produktif dan komprehensif. Manakala  sumbangan masyarakat mahupun pihak yang berkepentingan amatlah diharapkan dalam sama-sama memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.