Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation Linkslatest Announcement

  
  
Body
  
  
11/28/2019

Pertemuan Sasterawan Brunei Ke-7 (PSB VII), 2019 anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam dan Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) dengan kerjasama Kumpulan Putra Seni Brunei Darussalam akan diadakan pada hari Khamis - Jumaat, 1-2 Rabiulakhir 1440 bersamaan 28-29 November 2019. 

Penulis Brunei.jpeg

28 Nov 2019
  
12/6/2019

​Karnival Hari Keluarga DBP akan diadakan pada hari Jumaat - Ahad, 6 - 8 Disember 2019 di kawasan lapang dan letak kereta bangunan DBP, Lapangan Terbang Lama, Berakas. Datanglah beramai-ramai memeriahkan KHK DBP 2019. Pelbagai aktiviti sukaneka, pameran, juala dan cabutan nombor bertuah diadakan.

Poster KHK.JPG

06 Dec 2019
  
11/12/2019


Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali ke-26 Tahun 2019

Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) ini julung kali diadakan bagi seluruh Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bersempena dengan Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-17, Tahun 2010.

APCPA ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga Perkhidmatan Awam yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang. Kualiti dan penghasilan kerja pegawai dan kakitangan berkenaan seringkali melebihi daripada keperluan tugas dan tanggungjawab jawatan serta mempunyai keperibadian yang boleh dicontohi oleh pegawai dan kakitangan yang lain.

Tahniah kepada Penerima-Penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) Sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-26 Tahun 2019, bagi Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan:

1) Dayang Siti Zaharah binti Haji Abdul Razak 

Bahagian II 

Pegawai Pembangunan Masyarakat 

Jabatan Pembangunan Masyarakat 

 

2) Dayang Norsinah binti Awang Haji Sawas 

Bahagian III 

Pegawai Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

 

3) Awang Haji Hirmi bin Haji Moslim 

Bahagian IV 

Kerani Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan 

 

4) Pengiran Abd Rahman bin Pengiran Omar 

Bahagian V 

Penyelenggara Stor Tingkat III 

Jabatan Belia dan Sukan


12 Nov 2019
  
1/2/2020

Jurnal Beriga Julai-Disember 2019 Bil.123 sudah diterbitkan. Borang penyertaan bagi Peraduan Menulis Rencana Umum Jurnal Beriga 2019-2020 boleh didapati di dalam keluaran ini.

Jurnal ini boleh diperoleh dengan harga $3.00 di Kedai Buku Dewan Bahasa dan Pustaka, Lapangan Terbang Lama, Berakas
Negara Brunei Darussalam

Utk keterangan lanjut sila berhubung dengan Editor Beriga di talian 2382511 samb. 148

beriga.png

02 Jan 2020
  
1/30/2020

Peraduan Memvideo Iklan Bahasa Melayu sempena Sambutan Bulan Bahasa 2019 kini dibukakan kepada warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur 15 hingga 35 tahun pada atau sebelum tarikh tutup penyertaan pada hari Sabtu, 02 April 2020, pukul 4.00 petang. Borang penyertaan boleh didapati di kaunter penyambut tetamu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas pada waktu dan hari bekerja. Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi pihak urus setia di talian 2382511 sambungan 157

peraduanvideo1.png

video2.png

video3.png

video5.png

30 Jan 2020
  
2/28/2020

KALENDARKEGIATANPB2020.jpeg

TAKLIMATISBNPB2020.jpeg

photo6269307214888020236.jpg

BEDAHKARYA2020.jpg

ZOYPBB2020.png

28 Feb 2020
  
3/21/2020

PENUTUPANKAUNTER.jpg

21 Mar 2020
  
3/26/2020

pinjamanbuku.jpeg

Dengan penuh hormat dan takzim, sukacita memaklumkan bahawa sebagai salah satu langkah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 semua cawangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka ditutup kepada orang ramai. Walaubagaimanapun Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Perkhidmatan Peminjaman Buku masih dibukakan pada masa ini untuk memudahkan ahli dan orang ramai meminjam buku.  Berikut adalah tatacara untuk meminjam buku semasa perpustakaan DBP ditutup:

 

1. Cari dan dapatkan tajuk buku dan penulis (jika ada) melalui portal ePerpustakaan https://www.librarybrunei.gov.bn/library/dbp/ 

2. Hubungi hotline Perpustakaan DBP melalui aplikasi Whatsapp untuk proses menempah buku. 

3. Ambil buku-buku yang telah ditempah pada tarikh yang telah dimaklumkan di antara pukul 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari dan 1:30 petang hingga 4:15 petang di cawangan perpustakaan DBP yang telah dipilih.

 

Untuk keterangan lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi (673) 8266880.


ebook.jpeg

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka ingin memperkenalkan kepada orang ramai mengenai dengan salah satu perkhidmatan perpustakaan iaitu sistem E-BUKU yang menyediakan bahan-bahan digital termasuk eBuku dalam pelbagai genre, perubatan, eJurnal dan buku audio. Orang ramai bolehlah mengakses E-BUKU tersebut secara percuma dengan melayari portal perpustakaan https://www.librarybrunei.gov.bn/library/dbp/e-buku​.

26 Mar 2020
  
4/3/2020

balibuku2.jpeg

03 Apr 2020
  
5/13/2020


peraduan menterjemah 2020.png

Adakah awda berminat dalam bidang penterjemahan?

Peraduan Menterjemah Mutiara Kata Sambutan Bulan Bahasa 2020  kini dibukakan kepada para pelajar dan belia Negara Brunei Darussalam yang berumur 13 hingga 20 tahun pada atau sebelum tarikh tutup penyertaan pada hari Sabtu, 13 Jun 2020, pukul 4.00 petang.

Sila muat turun phamplet peraduan disini.

Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi pihak urus setia di talian 2382511 sambungan 130,133 dan 134.


13 May 2020
  
5/13/2020
image001.png

Sukacita memaklumkan bahawa perkhidmatan tulisan Jawi dan Penterjemahan di Dewan Bahasa dan Pustaka kini boleh dipohonkan melalui dalam talian dengan meng-e-melkan kepada:
unit.jawidbp@dbp.gov.bn dan unit.terjemahandbp@dbp.gov.bn.
 
Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus melalui talian telefon +673 2382511 samb. 116/126/127 (Jawi) dan samb. 130/131/133/134 (Terjemahan).


13 May 2020
  
7/27/2020

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Dengan hormat Bahagian Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ingin memaklumkan bahawa perlaksanaan tahap ketiga bagi pembukaan perpustakaan bermula pada hari Isnin, 27 Julai 2020. Perpustakaan kini dibukakan kepada orang ramai pada setiap hari kecuali hari Jumaat dan hari kelepasan awam. Manakala, waktu perkhidmatan perpustakaan kembali beroperasi seperti biasa. Sehubungan itu, Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak juga mula beroperasi.

 

Bagi sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi, Bahagian Perpustakaan melaluiemel perpustakaan.bsb@dbp.gov.bn 

atau hotline +673 8266880.


27 Jul 2020
  
8/1/2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Dengan hormat sukacita memaklumkan bahawa Bahagian Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sedang menganjurkan Pertandingan E-Pantun secara dalam talian. Pertandingan ini terbuka kepada ahli perpustakaan yang berumur 21 tahun ke atas dan orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyertai pertandingan dengan syarat perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Ogos 2020 pada jam 11:59 malam.  

 

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini bolehlah didapati dengan mengimbas kod QR.

 

Sila hubungi Haji Amirul bin Haji Siaman, Ketua Cawangan Perpustakaan DBP Daerah Temburong di talian 5221281.

 

Perpustakaan Dewan Bahasa Dan Pustaka

Laman sesawang: librarybrunei.gov.bn

Instagram: @dbplibrarytemburong

Telefon: 5221281

 



01 Aug 2020
  
8/17/2020

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Dengan hormat Bahagian Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan ingin memaklumkan bahawa perlaksanaan de-Escalation tahap keempat bagi pembukaan perpustakaan bermula pada hari Isnin, 27 Zulhijjah 1441 bersamaan 17 Ogos 2020. Perkhidmatan Perpustakaan kini kembali beroperasi seperti biasa, iaitu buka pada setiap hari dan tutup pada hari kelepasan awam.

 

Bagi sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi, Bahagian Perpustakaan melaluiemel perpustakaan.bsb@dbp.gov.bn 

atau hotline +673 8266880.


17 Aug 2020