Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAnnouncements

  
Front page Description
Front page image
  
  

KUALA BELAIT, Rabu, 16 November. - Pembangunan projek penyelidikan diungkayahkan sebagai usaha untuk mengesan kewujudan bahasa dan ayat lama yang pernah dituturkan serta digunakan oleh Masyarakat Brunei untuk diperkenalkan semula melalui dokumentasi; mengetengahkan dan menyerlahkan semula bahasa dan ayat lama yang boleh diangkat serta diseragamkan dalam penggunaan bahasa Melayu pada masa kini dan akan datang; serta berusaha untuk memelihara dan mendokumentasikan khazanah seni serta budaya negara.

Menjejaki kewujudan bahasa, kalimat tua.PNG

11/22/2022 3:55 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 12 November. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Perpustakaan telah menambah lagi satu Sudut Bacaan khusus untuk para pelanggan yang datang ke restoran Eat's Hot, Delima Satu.

Sudut Bacaan Pupuk budaya membaca masyarakat 2.PNG

11/14/2022 11:00 AM
  

BERAKAS, Rabu, 9 November. - Penerbitan Buku Koleksi Irama dan Lagu O Kanak-Kanak pada tahun 2021 yang menghimpunkan 56 buah lagu kanak-kanak tradisi telah memangkin kepada kesedaran untuk terus menghidupkan semula warisan milik negara ini.

Menghidupkan semula warisan milik negara.PNG

11/12/2022 2:35 PM
  

TUTONG, Khamis, 10 November. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan akan mengungkayahkan Projek Penyelidikan Bahasa dan Kalimat Tua sebagai satu lagi upaya untuk menggerakaktifkan penyelidikan budaya dan seterusnya mendokumentasikan hasil pengumpulannya. Projek ini dirancang akan mula dilaksanakan pada Disember 2022.

Mengaktifkan penyelidikan budaya 3.PNG

11/12/2022 11:20 AM
  

SALAMBIGAR, Isnin, 7 November. - Dalam usaha untuk memupuk minat membaca dan cintakan buku dalam kalangan kanak-kanak, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menubuhkan Sudut Bacaan Khas untuk Peachtree Playhouse, di sini.

DBP tubuh Sudut Bacaan untuk Peachtree Playhouse.PNG

11/8/2022 3:30 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 26 Julai. - Kumpulan Sari Mengerna yang terdiri daripada Awang Haji Muhammad Sawaz bin Haji Awang Ali dan Awang Mohammad Fathullah bin Haji Rashid dengan tajuk puisi 'Cinta di Laut Biru' karya Haji Masri bin Haji Idris berjaya menjuarai Pantaran Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 2022: Nyanyian Puisi sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-76, Tahun 2022.

Kumpulan Sari Mengerna johan Nyanyian Puisi Pantaran Sastera DBP.PNG

7/27/2022 10:10 AM
  

BERAKAS, Sabtu, 23 Julai. - Pesta Buku Brunei (PBB) 2022 yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas akan dimeriahkan dengan pelbagai kegiatan yang disusun sepanjang 10 hari penganjurannya, bermula 22 hingga 31 Julai 2022.

Pesta Buku Brunei 2022 buka tirai.PNG

7/25/2022 11:10 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 20 Julai. - Seramai 34 peserta yang mengikuti Bengkel Pantun Melayu Brunei menerima sijil masing-masing pada Majlis Penutup, yang diadakan di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini.

34 peserta Bengkel Pantun Melayu Brunei terima sijil.PNG

7/23/2022 3:15 PM
  

BERAKAS, Isnin, 18 Julai.- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan mengungkayahkan 'Pantun Sebagai Khazanah Bangsa: Bengkel Pantun Melayu Brunei' sebagai salah satu pengisian bagi menggemakan lagi kegiatan Festival Sastera dan Seni Budaya Melayu Brunei bersempena Sambutan Bulan Bahasa 2022.

Memperkasa pelestarian Pantun Melayu Brunei.PNG

7/23/2022 3:05 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 7 Julai. - Pembaharuan klausa perjanjian dengan Kerjasama Pejabat Peguam Negara merupakan antara inisiatif dan komitmen Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di bawah Pelan Tindakan DBP 2020 - 2024 bagi mendukung bidang teras penerbitan jabatan dengan matlamat utama menjadikan DBP sebagai Penerbit Unggul Inklusif.

Kukuhkan penjenamaan penulis dalam karya penulisan.PNG

7/9/2022 12:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 6 Julai. - Tema Bulan Bahasa tahun ini, iaitu Memperkasakan Bahasa Melayu, mengandungi perutusan yang menuntut kita menggalas amanah dengan penuh kesedaran bahawa bahasa Melayu merupakan jati diri bangsa, bangsa Brunei, yang wajar diperkasakan oleh setiap peringkat masyarakat di negara ini.

Bahasa Melayu Identiti jati diri tetap dijaga, dipelihara.PNG

7/7/2022 10:45 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 6 Julai. - Bulan Bahasa dianjurkan bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan jati diri bangsa; memupuk rasa kepemilikan bersama terhadap bahasa Melayu; memasyarakatkan bahasa Melayu melalui keikutsertaan orang ramai serta menggemakan dan menyemarakkan Sambutan Bulan Bahasa ke seluruh negara.

Bersama melestarikan, memperkasakan bahasa Melayu.PNG

7/7/2022 10:35 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 22 Jun. - Institusi agama dan Bahasa Melayu memainkan peranan dalam dua cara, iaitu secara formal dan tidak formal.

Institusi agama, Bahasa Melayu mainkan peranan secara formal, tidak formal.PNG

6/23/2022 10:10 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 Jun. - Siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu sempena Bulan Bahasa (KABSBM) dilaksanakan secara bersiri, mulai 16 Mac hingga 22 Jun 2022, dengan pembentangan kertas kerja dua kali seminggu, setiap Isnin dan Rabu.

Bahasa Melayu mempunyai pelbagai varian, penamaannya.PNG

6/21/2022 10:10 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 Jun. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) selaku Sekretariat Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) Brunei Darussalam pagi tadi bertolak ke Kuala Lumpur, Malaysia bagi menghadiri Mesyuarat Sekretariat / Musyawarah Mastera 2022.

Bincang tindakan susulan kerjasama kesusasteraan.PNG

6/21/2022 10:05 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Jun. – Negara Brunei Darussalam (NBD) memiliki karya-karya besar, yang ditulis oleh tokoh-tokoh sastera dan penulis-penulis tanah air yang mampu mengangkat karya mereka merentasi sempadan global.

Muslim Burmat  Tokoh sastera hasilkan karya hebat 2.PNG

6/16/2022 2:55 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 8 Jun. - Siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (KABSBM) sempena Bulan Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa diteruskan lagi secara maya melalui penstriman platform Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei dan aplikasi Zoom, pagi tadi.

Mempertahankan warisan budaya.PNG

6/9/2022 2:55 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 Jun. - Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu sempena Bulan Bahasa (KABSBM) mengupas aspek bahasa, yang bertajuk 'Bahasa dan Ideologi Negara : Kajian Bandingan Keberdayaan Bahasa, di Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura'.

Kedudukan bahasa Melayu di nusantara mantap, terus digunakan.PNG

6/4/2022 9:20 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 23 Mei. - Siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu sempena Bulan Bahasa (KABSBM) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa telah diadakan secara maya melalui penstriman platform Facebook 'DBP Brunei' dan aplikasi Zoom, hari ini.

Kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu-Indonesia.PNG

5/24/2022 10:40 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Mei. - Siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu sempena Bulan Bahasa (KABSBM) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa diteruskan lagi secara maya melalui penstriman platform Facebook, 'Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei' dan aplikasi Zoom.

Kepentingan tulisan Jawi pada papan tanda.PNG

5/19/2022 3:25 PM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 17 Mei. - Pembentangan Ke-12 Siri Kongres Antarabangsa Bangsa, Sastera dan Budaya Melayu (KABSBM) sempena Bulan Bahasa kali ini mengupas aspek sastera, dengan tajuk 'Historisisme Baru dan Kesedaran Bangsa'.

Dalami ilmu perkembangan bahasa.PNG

5/18/2022 9:20 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 27 April. - Siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (KABSBM) sempena Bulan Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa diteruskan lagi pada hari ini secara maya melalui penstriman platform Facebook 'Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei' dan aplikasi Zoom, pagi tadi.

KABSBM ketengahkan warisan budaya Indonesia.PNG

4/28/2022 10:35 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 25 April. - Siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (KABSBM) sempena Bulan Bahasa anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa diteruskan lagi hari ini secara maya melalui penstriman platform Facebook DBP Brunei dan aplikasi Zoom.

Feminisme dalam perkembangan Kesusasteraan Melayu.PNG

4/26/2022 9:20 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 25 April. - Kepesatan perkembangan internet khususnya dalam era teknologi maklumat pada ketika ini menjadikan kebanyakan perkara menjadi lebih mudah dan cepat untuk diperoleh khususnya dalam mencari pelbagai sumber maklumat.

Bengkel ke arah pencarian maklumat tepat, sahih.PNG

4/26/2022 9:10 AM
  

TUTONG, Isnin, 18 April. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Bahagian Sastera dan Majalah dengan kerjasama Kumpulan Putra Seni dan Angkatan Sasterawan dan Sasterawani Brunei Darussalam (ASTERAWANI) melaksanakan Baca Bahana Puisi Antarabangsa 2022 bersempena dengan Hari Baca Puisi Sedunia pada hari ini melalui aplikasi Zoom dan bersiaran secara langsung melalui laman sosial Facebook 'DBP Brunei'.

Jalin pertemuan penulis dalam, luar negara.PNG

4/20/2022 10:50 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 18 April. - Seramai 23 pembentang makalah, terdiri daripada tiga makalah ucaptama dan 20 makalah iringan dijadualkan untuk membentangkan kertas kerja masing-masing sepanjang Siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu sempena Bulan Bahasa (KABSBM).

Cerita Klasik Melayu terus diperjuangkan seiring perkembangan teknologi.PNG

4/20/2022 10:30 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 13 April. - Siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (KABSBM) sempena Bulan Bahasa dilaksanakan secara bersiri mulai 16 Mac hingga 22 Jun 2022 dengan pembentangan kertas kerja dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan Rabu.

Pembentangan mengulas mengenai terjemahan Abbasiyah.PNG

4/14/2022 9:15 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 11 April. - Siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu sempena Bulan Bahasa (KABSBM) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa diadakan secara maya melalui penstriman platform Facebook, 'DBP Brunei' dan aplikasi Zoom, di sini.

Cabaran dalam dunia penerbitan dikongsikan.PNG

4/12/2022 9:00 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 April. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei akan menganjurkan Kempen Kebajikan bersempena Hari Buku Sedunia.

Kempen Kebajikan anjuran DBP.PNG

4/6/2022 9:30 AM
  

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 Mac. - Siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu sempena Bulan Bahasa (KABSBM) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei Darussalam, melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa diadakan secara maya melalui penstriman platform Facebook, DBP Brunei dan aplikasi Zoom, di sini.

KABSBM peluang kongsi pengetahuan, ilmu.PNG

3/31/2022 2:35 PM
1 - 30Next