| | 7/27/2022 12:00 AM | Rabu, 27 Zulhijah 1443 | 27 Julai 2022
Majlis Perasmian Sudut Bacaan Pusat Akademi Sukan Memanah Ar-Rafi (PASMA) berlangsung di Pusat Akademi Sukan Memanah Ar-Rafi, Kampung Jangsak. Perasmian disempurnakan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Turut hadir, Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan pegawai-pegawai kanan.
Majlis diteruskan dengan perasmian Sudut Bacaan Pusat Akademi Sukan Memanah Ar-Rafi, tayangan video dan demonstrasi bagi sukan memanah; diikuti dengan penyerahan kupon khas sebagai kolaborasi Pusat Akademi Sukan Memanah Ar-Rafi dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sudut bacaan ini dibekalkan dengan kira-kira 100 hingga 200 buah buku yang berkaitan dengan bidang bersesuaian seperti ilmu kemahiran hidup, sukan memanah, sukan renang dan cerita bersesuaian. Buku-buku berkenaan akan ditukar setiap tiga hingga enam bulan sekali mengikut keperluan PASMA.
| | 
| 11/7/2022 3:08 PM |
| | 5/9/2022 12:00 AM | Sabtu, 28 Ramadan 1443 | 30 April 2022
Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan mengadakan beberapa aktiviti bagi kanak-kanak dan muda-mudi sempena musim cuti persekolahan penggal pertama pada 21, 23 dan 25 April 2022.
Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah kepada para pemenang dan penghargaan penyertaan aktiviti diadakan di Perpustakaan DBP pada hari Sabtu, 30 April 2022. Turut hadir ibu bapa serta penjaga ahli-ahli perpustakaan dan peserta aktiviti berkenaan.
| | .jpeg)
| 5/11/2022 11:49 AM |
| | 4/30/2022 12:00 AM | Sabtu, 28 Ramadan 1443 | 30 April 2022
Kursus Induksi Perkhidmatan bagi kakitangan Bahagian Perpustakaan diadakan di Bilik Kuliah, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan selama tiga hari mulai hari Isnin – Rabu, 25 – 27 April 2022. Kursus dikendalikan oleh Unit Komunikasi dan Hubungan, Perpustakaan DBP.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada etika kerja dan perkhidmatan-perkhidmatan perpustakaan secara keseluruhan. Selain itu, kursus ini juga memberi kefahaman kepada peserta untuk memupuk nilai dan etika kerja dalam perkhidmatan awam.
Antara modul kursus yang disampaikan ialah memperkenalkan tatacara perkhidmatan yang sempurna dari segi pengurusan dan khidmat pelanggan, penggunaan teknologi yang efisien bagi mempercepatkan proses kerja, memahami peraturan-peraturan dalam perkhidmatan awam dan memberi pendedahan cara kerja dan budaya kerja cermerlang.
| | 
| 5/11/2022 11:36 AM |
| | 4/30/2022 12:00 AM | Sabtu, 28 Ramadan 1443 | 30 April 2022
Majlis Khatam Al-Quran bagi pegawai dan kakitangan Bahagian Perpustakaan berlangsung di Surau Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Azmin bin Amid, Guru dari Sekolah Ugama Sultan Umar Ali Saifuddin, Muara.
Majlis turut disertai oleh pegawai dan kakitangan cawangan-cawangan perpustakaan di seluruh Negara Brunei Darussalam secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.
| | 
| 5/11/2022 11:39 AM |
| | 4/20/2022 9:00 AM | Rabu, 18 Ramadan 1443 | 20 April 2022
Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei melalui Unit Sirkulasi, Bahagian Perpustakaan telah mengadakan Bacaan Rattib Al-Attas sempena Hari Buku Sedunia 2022 melalui aplikasi Zoom. Aktiviti ini dibukakan kepada orang ramai terutama sekali untuk ahli Perpustakaan DBP Bandar Seri Begawan.
Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk mempromosikan koleksi buku yang terdapat di perpustakaan dan juga sempena Hari Buku Sedunia 2022.
Dengan mengadakan aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan, budaya membaca di negara ini akan lebih berkembang dan secara tidak langusng boleh meningkatkan pengunjung dan pengguna Perpustakaan DBP.
| | 
| 4/21/2022 4:36 PM |
| | 3/25/2022 12:00 AM | Khamis, 21 Syaaban 1443 | 24 Mac 2022
Berkunjunglah sekarang ke pameran kebudayaan Malaysia yang kini diadakan di perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan sehingga hari Ahad 27 Mac 2022, Koleksi terbaharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia turut dipamerkan dan boleh dipinjam oleh orang ramai.
| | | 3/26/2022 9:10 AM |
| | 6/4/2021 8:00 PM | Rabu, 20 Syawal 1442/2 Jun 2021 Aktiviti Jasmani DBP 'Rebound' kelolaan Program Workplace and Health (WAH) telah yang dikendalikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka telah diadakan pada hari Rabu, 02 Jun 2021, bertempat di Victorious Health and Center, Kampung Lambak B, bermula pada pukul 5 - 6 petang.
| |  | 6/3/2021 4:27 PM |
| | 6/3/2021 4:00 PM | Khamis, 21 Syawal 1442/3 Jun 2021 Sesi Bicara Tokoh - Profesor James T. Collins, seorang profesor antarabangsa tersohor telah diadakan melalui aplikasi Zoom di bilik Pateh Berbai, Tingkat 1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas. Sesi ini membicarakan tema "Wawasan Kajian Dialek Melayu" yang turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka.
| |  | 6/3/2021 4:26 PM |
| | 6/3/2021 12:00 PM | Sabtu, 17 Syawal 1442/29 Mei 2021 Mesyuarat
Bulan Bahasa 2021 telah diadakan pada 17 Syawal 1442/29 Mei 2021, di bilik
Laila Muafakat, Tingkat 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, pukul 2.30 petang.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin
binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan dan Kebudayaan),
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
| |  | 6/3/2021 4:28 PM |
| | 4/24/2021 10:00 AM | Khamis, 10 Ramadan 1442/22
April 2021,
Pembentangan Sesi Khas Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA)
melalui Penarafan Bintang bagi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah disampaikan
oleh Yang Mulia Dayang Hajah Annisa binti Haji Moksin, selaku Ketua Kumpulan.
Pembentangan ini diadakan di Institut Perkhidmatan Awam yang turut dihadiri
oleh Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD), Pemangku Timbalan Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Ketua-ketua Bahagian dan mentor-mentor 3PSA. | |   | 4/24/2021 10:18 AM |
| | 3/18/2021 5:00 PM | Selasa, 2 Syaaban 1442/16 Mac 2021
Pertandingan Pidato Kebangsaan Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Brunei Darussalam Ke-37, Tahun 2021 bagi peringkat saringan telah diadakan di
Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas. Seramai 12 orang peserta
yang berumur antara 17–27 tahun telah berentap
dalam pertandingan peringkat saringan ini. Para peserta terdiri daripada
penuntut pusat tingkatan enam kerajaan, mahasiswa/wi institusi pengajian tinggi
kerajaan dan swasta serta peserta persendirian. | |  | 3/20/2021 8:28 AM |
| | 3/6/2021 4:00 PM | Sabtu, 16 Jamadilakhir 1442/30 Januari 2021
Bengkel
Perkamusan yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan, 2021 telah diadakan selama sehari iaitu pada 16 Jamadilakhir 1442/30 Januari 2021. Seramai 19 orang (11
orang dari Unit Perkamusan dan 8 orang dari Unit Peristilahan). Bengkel
ini merupakan bengkel lanjutan daripada siri pertama yang diadakan pada 10—11
Jamadilawal 1441/06-07 Januari 2020. Bengkel kali ini memfokuskan kepada struktur
mikro kamus, khususnya hal pendefinisian dan morfologi dalam leksikografi. Bengkel
ini telah dibimbing oleh Awang Haji Alipudin bin Haji Omarkandi. Beliau berpengalaman dan berkemahiran dalam
leksikografi, pernah mengikuti kursus di Universiti Exeter, United Kingdom di
bawah bimbingan pakar leksikografi Prof. Dr. Hartmann dan merupakan ahli THE
EURALEX (The European Association for Lexicography). | |  | 3/6/2021 4:36 PM |
| | 3/4/2021 12:00 PM | Rabu, 19 Syaaban 1442/3 Mac 2021 Aktiviti gerakan kardio, iaitu Aerobik telah diadakan pada 3 Mac 2021, bertempat di Balai Sarmayuda Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas. Aktiviti ini merupakan kelolaan Program Workplace and Health, Kementerian Kesihatan, yang dilaksanakan kepada semua jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Aktiviti kardio tersebut bermula pada pukul 5.00 petang dengan senam pemanasan, sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesihatan warga DBP, di samping menerapkan amalan gaya hidup yang sihat sepanjang tahun. | |  | 3/4/2021 12:45 PM |
| | 3/1/2021 4:45 PM | Ahad, 16 Rejab 1442 | 28 Februari 2021 Unit Perkamusan dan Unit Penterjemahan, Bahagian
Pembinaan dan Pengembangan Bahasa telah mengadakan aktiviti ‘Bandarku Ceria’,
bertempat di Perpustakaan Pusat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan. | |  | 3/3/2021 8:34 PM |
| | 2/11/2021 12:00 AM | Khamis – Rabu, 4 – 10 Februari
2021
Bengkel Pengredan Prestasi Sektor Awam (3SPA) melalui Penarafan Bintang
telah diadakan di Institut Perkhidmatan Awam,
bermula pada 4 – 10 Februari 2021. Bengkel ini berobjektif untuk memberi
pendedahan terhadap praktis kerja tadbir urus yang bersistematik dalam mengarah kepada perkembangan pembangunan
kompetensi warga kerja perkhidmatan awam. Bengkel ini juga antara lain
berobjektif untuk melaksanakan penilaian dalaman di agensi-agensi kerajaan berdasarkan
konsep dan proses pelaksanaan 3PSA, termasuk penggunaan senarai semak dan borang-borang
lain yang signifikan. | |  | 2/12/2021 3:26 PM |
| | 1/27/2021 9:45 AM | Isnin – Isnin, 18 – 25 Januari 2021 Pemeriksaan kesihatan di bawah Program Workplace and Health yang dianjurkan oleh Pusat Promosi Kesihatan telah dijalankan bagi warga Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan. Pemeriksaan kesihatan ini telah dijalankan oleh lima orang tumpuan DBP, iaitu Dayang Masni binti Moktal, Dayang Rosdiah@Siti binti Bahrin, Awang Abu Zar bin Abdullah, Awang Abdul Hanif bin Moksin dan Dayang Rina Iryanti binti Haji Serudin, pada 7 – 14 November 2020, di ruang legar, aras bawah DBP. | |   | 1/27/2021 9:54 AM |
| | 1/27/2021 9:40 AM | Sabtu, 09 Januari 2021 Sesi kongsi sama 'Hati ke Hati' telah diadakan oleh Universiti Brunei Darussalam, pada 9 Januari 2021, bertempat di Lecture Theatre, The Core UBD, pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang. | |  | 1/27/2021 9:39 AM |
| | 1/10/2021 12:00 AM | Ahad, 10 Januari 2021 – Pelbagai
aktiviti menarik telah disediakan semasa BandarKu Ceria seperti aktiviti
Kuiz KNK (Knelai Negara Kitani, Bujak Sifir, Mewarna dan Simpulan Bahasa. Selain itu, Perpustakaan Bergerak
juga berada semasa BandarKu Ceria dimana salah
satu aktiviti yang disediakan berkaitan dengan penggunaan bahan bacaan
yang terdapat di Perpustakaan Bergerak. Aktiviti telah diadakan di
Tempat Letak Kereta Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri
Begawan. 

| |  | 1/11/2021 9:45 AM |
| | 1/7/2021 2:00 PM | Rabu, 6 Januari 2021 Aktiviti Jasmani DBP, iaitu Zumba telah diadakan pada 6 Januari 2021, bertempat di kawasan letak kereta DBP. Aktiviti ini merupakan kelolaan Program Workplace and Health, Kementerian
Kesihatan, yang dilaksanakan kepada semua jabatan di bawah Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan. Aktiviti jasmani tersebut bermula pada
pukul 5.00 petang dengan senam pemanasan, sebagai usaha untuk
meningkatkan tahap kesihatan warga DBP, di samping menerapkan amalan
gaya hidup yang sihat sepanjang tahun.
| |   | 1/7/2021 2:23 PM |
| | 1/7/2021 2:00 PM | Khamis, 07 Januari 2021 Sempena pembukaan tahun 2021, Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) telah mengadakan acara perhimpunan di Balai Sarmayuda,
DBP, Berakas. Acara ini diadakan selepas bacaan tahlil dan doa selamat
bagi mengeratkan lagi silaturrahim dan ukhwah dalam kalangan warga kerja
DBP. | |  | 1/7/2021 2:21 PM |
| | 1/4/2021 12:00 AM | Isnin, 4 Januari 2021 - Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan
Muara dengan kerjasama Unit Komunikasi dan Hubungan Perpustakaan Dewan
Bahasa dan Pustaka telah mengadakan aktiviti dan taklimat di SR Tanah
Jambu, Kampong Tanah Jambu.
Taklimat disampaikan oleh Awang Abdul Hanif bin Haji Moksin dan Siti
Juliana binti Haji Yusop kepada 198 orang penuntut SR Tanaj Jambu.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan yang dikendalikan oleh kakitangan
Perpustakaan Muara seperti, Kuiz Umum, Kuiz Matematik, Mewarna,
Bercerita bersama Pustakawan dan Permainan Dalam. Aktiviti diadakan di
bilik kelas yang berlainan. .jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

| |  | 1/5/2021 2:52 PM |
| | 12/29/2020 12:00 AM | Selasa, 29 Disember 2020
– Aktiviti Membaca Sambil Beramal telah mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada orang ramai yang mana aktiviti ini telah
berlangsung mulai dari 1 Disember hingga 24 Disember 2020. Bagi setiap
seorang membaca selama 15 minit, sebuah buku akan disumbangkan kepada
pusat-pusat amal kebajikan. Sebanyak 160 buah buku telah berjaya dikumpul daripada hasil bacaan orang ramai.
Buku-buku sumbangan telah pun diserahkan kepada pusat-pusat amal kebajikan seperti Persatuan Kaca (Kampong Kiulap), SMARTER EDGE Centre Brunei (Kampong Mata-Mata), Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Kampong Bengkurong) dan Growing Minds Learning Centre (Kampong Menglait) pada 29 Disember 2020.



| |  | 1/5/2021 9:47 AM |
| | 12/20/2020 12:00 AM | Ahad, 20 Disember 2020 – Ahli Kanak-Kanak perpustakaan Pusat BSB telah menyertai Peraduan Membaca dan Bercerita Sejarah yang dianjurkan oleh Pusat Sejarah Brunei sempena dengan Hari Terbuka Pusat Sejarah Brunei.
|
| |  | 1/5/2021 9:38 AM |
| | 12/12/2020 12:00 AM | Sabtu, 12 Disember 2020 – Aktiviti 'Kelab Membaca Buku' yang diadakan pagi tadi, dimana sebanyak 7 peserta yang datang dari pelbagai latar belakang telah hadir bagi sesi ulasan buku dan menceritakan mengenai buku yang diminati untuk dikongsi dan direkomen kepada orang ramai. |
| |  | 1/5/2021 9:32 AM |
| | 12/10/2020 12:00 AM | Khamis, 10 Disember 2020 – Anak-anak
warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
telah membuat lawatan sambil belajar ke Perpustakaan DBP bagi Program
Syababul Watan (Tunas Bangsa). Seramai 50 orang telah hadir yang terdiri
daripada 40 orang peserta yang berumur di antara 10 hingga 17 tahun dan
diiringi oleh 10 jurulatih serta pengawas program.
%2002.jpeg)
| | %2001.jpeg) | 1/5/2021 10:07 AM |
| | 11/22/2020 12:00 AM | Ahad, 22 November 2020 – Pelbagai
aktiviti menarik telah disediakan semasa BandarKu Ceria seperti aktiviti 'Eja & Menang' dan 'Teka Barang'. | |  | 11/23/2020 9:29 AM |
| | 11/21/2020 12:00 AM | Sabtu, 21 November 2020 - Perpustakaan
Dewan Bahasa dan Pustaka Daerah Temburong mengadakan aktiviti perpustakaan,
iaitu ‘Jualan Pustaka Ria Perpustakaan Temburong’ yang diadakan selama dua hari bermula pada hari Sabtu, 21 November hingga Ahad, 22 November 2020. | |  | 11/24/2020 12:39 PM |
| | 11/19/2020 3:00 PM | Bandar Seri Begawan, Khamis, 12 November 2020 - Program Memperkasa Calak Brunei telah diadakan selama dua hari bermula pada 11—12 November 2020. Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Antara rangkaian pengisian yang dimuatkan dalam program tersebut ialah Cabaran Ria Bahasa yang diungkayahkan oleh Unit Penterjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Berakas. Seramai 30 peserta belia telah menyertai aktiviti Cabaran Ria Bahasa ini yang bermula pada pukul 1.30 petang, dengan penerangan ringkas berkaitan aktiviti berkenaan yang disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Annisa binti Haji Moksin, Pegawai Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. | |  | 11/21/2020 4:32 PM |
| | 10/22/2020 3:15 PM | Bertitik tolak daripada arahan Surat Keliling Kerajaan Bil.5/83 bertarikh 13 April 1983 (penetapan penggunaan ejaan baru kepada jabatan-jabatan kerajaan), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku institusi perancang bahasa Negara Brunei Darussalam secara berterusan bersinergi dengan jabatan-jabatan kerajaan menganjurkan Kursus Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu. Program tersebut bertujuan memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan kakitangan di jabatan masing-masing.
Sesuai dengan tuntutan surat keliling tersebut, DBP menerbitkan Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu pada tahun 2009 sebagai bahan pengajaran kursus tersebut.
Pedoman tersebut merupakan hasil kesepakatan dalam Sidang Ke-43 MABBIM, 2004 dan Ke-44 MABBIM, 2005 yang mengandungi garis panduan lengkap mencakupi penggunaan abjad, penulisan huruf, penulisan kata, tanda baca dan penulisan unsur serapan.
Di samping itu, kursus ini juga mendedahkan asas tatabahasa bahasa Melayu dan kesalahan atau kelewahan penggunaan kata atau ayat bahasa Melayu. Kursus juga turut disisipkan dengan pertanyaan secara spontan daripada para peserta. Untuk menguji kefahaman para peserta, diadakan latihan kemahiran secara berkumpulan dan individu (latihan lisan dan tulisan). Latihan mefokuskan sebutan baku, latihan membina ayat yang betul, dan mengesan kesalahan bahasa dalam teks (kesalahan tatabahasa dan ejaan, kesalahan penggunaan tanda baca, dan kesalahan pemilihan kata). Kursus ini juga mendedahkan kaedah merujuk kepada kamus cetak atau kamus dalam talian bagi memudahkan peserta menyelesaikan permasalahan kebahasaan di tempat kerja dan sebagainya. Sebagai upaya merealisasikan kursus tersebut, DBP telah mewakilkan Dayang Hajah Norati binti Bakar dan Dayang Hajah Annisa binti Haji Moksin, Pegawai Bahasa, Bahagian Bahasa dan Pengembangan Bahasa selaku fasilitator.
| |  | 10/24/2020 2:15 PM |
| | 10/21/2020 10:00 AM | Selasa, 20 Oktober 2020 telah diadakan sesi telesidang penerangan mengenai Jurnal Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam. Penerangan ini disampaikan oleh Dayang Masni binti Moktal, Pegawai Istilah Kanan, kepada mahasiswa/wi Universiti Brunei Darussalam yang mengambil modul kursus LB-2406 yang dipimpin oleh Puan Hajah Zurinah binti Haji Ya'akub, Pensyarah Universiti Brunei Darussalam. | |  | 11/21/2020 4:32 PM |