DELEGASI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI MENYERTAI WLIC 2026: PERSIDANGAN AGUNG IFLA KE-90
Delegasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei telah menyertai World Library and Information Congress (WLIC) 2026: Persidangan Agung IFLA Ke-90 yang telah berlangsung pada 10 hingga 13 Ogos 2026 di BEXCO, Busan, Republik Korea.
Delegasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diketuai oleh Yang Mulia Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, bersama Yang Mulia Dayang Siti Ayeshah binti Haji Shahrin, Pegawai Perpustakaan.
Bertemakan “Libraries Powering Transformation”, persidangan tersebut menghimpunkan para profesional perpustakaan dan maklumat dari seluruh dunia bagi membincangkan perkembangan terkini dalam bidang kepustakawanan, pengurusan maklumat, transformasi digital, kecerdasan buatan, literasi digital serta akses kepada pengetahuan yang inklusif dan mampan.
Penyertaan ini turut membuka peluang kepada delegasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk memperluas jaringan kerjasama antarabangsa, bertukar pengetahuan dan menimba amalan terbaik bagi menyokong perkembangan perkhidmatan perpustakaan di Negara Brunei Darussalam.