Rombongan KKBS berlepas ke Republik Singapura bagi menyertai Pesta Buku Melayu Singapura
Rabu, 20 Rabiulawal 1448 | 2 September 2026
Rombongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam berlepas ke Republik Singapura bagi menyertai Pesta Buku Melayu Singapura yang akan berlangsung pada 3 – 6 September 2026 di Wisma Geylang Serai, Republik Singapura.
Rombongan terdiri daripada wakil Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Pusat Sejarah Brunei dan Jabatan Muzium-Muzium.
Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei diwakili oleh Dayangku Azimah binti Pengiran Azahari, Penolong Pegawai Penerbitan Tingkat II di Bahagian Penerbitan dan Pemasaran.