Pembentangan Kertas Kerja Dialog Teluk Brunei Ke-12, 2026

Sabtu, 23 Rabiulawal 1448 | 5 September 2026

Pembentangan kertas kerja Dialog Teluk Brunei Ke-12, 2026 mengangkat tema “Merentas Akar dan Sempadan: Kesusasteraan, Identiti dan Realiti Sosial Teluk Brunei”.

Pembentang Sesi I terdiri daripada Yang Mulia Awang Haji Jawawi bin Haji Ahmad, Ketua II Angkatan Sasterawan dan Sasterawani (ASTERAWANI) Brunei Darussalam, Yang Mulia Awang Abdul Muizz bin Awang Marusin, Ketua I Ikatan Penulis Sabah (IPS), Yang Mulia Awang Norahdiman bin Haji Taha, Pengarang Bahagian Sastera dan Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei Darussalam, dan Yang Mulia Salvia Rose, Setiausaha Agung Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA).

Pembentang pada Sesi II pula terdiri daripada Yang Mulia Dr. Haji Morsidi bin Haji Muhammad, Ahli Asterawani Brunei Darussalam, Yang Mulia Poul Anak Nanggang, Ketua II Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA), Yang Mulia Awang Muhammad Khairul Hazmie bin Ali Yusof, Pengarang Bahagian Sastera dan Majalah, DBP Brunei Darussalam, dan Yang Mulia Dayang Lenna Norsusilanita binti Bahari, Pengarang Kanan Bahagian Sastera dan Majalah, DBP Brunei Darussalam.

Dialog Teluk Brunei diteruskan dengan Forum Cabaran dan Peluang Kesusasteraan Serantau dengan tema perbincangan “Penerbitan, Digitalisasi dan Kelestarian Sastera.” Ahli panel terdiri daripada Yang Mulia Dr. Haji Mohd Ali bin Haji Radin, Ketua Bahagian Sastera dan Majalah, DBP Brunei Darussalam, Yang Mulia Datuk Jasni Matlani, Presiden BAHASA, Yang Mulia Encik Zainal Mohd. Jais, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Yang Mulia Prof Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah, Ketua I ASTERAWANI dan Yang Mulia Sasterawan Negeri Encik Zainal Abidin Suhaili, Ketua I PUTERA.