Sabtu, 17 Safar 1448 | 1 Ogos 2026
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan mengadakan lawatan kerja ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Belait.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS.
Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Pemangku Timbalan Pengarah DBP bersama para pegawai DBP.
Lawatan ini antara lain bertujuan untuk meninjau fasiliti dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan berkenaan dalam usaha memastikan persekitaran yang kondusif bagi menyokong pembudayaan ilmu dan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.