Selasa, 20 Safar 1448 | 4 Ogos 2026
Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan mengadakan lawatan kerja ke Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Temburong.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Yang Mulia Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS); Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), KKBS; dan Yang Mulia Dayang Hajah Noridah binti Haji Abdul Hamid, Timbalan Setiausaha Tetap, KKBS.
Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Haji Awang Abdoh bin Haji Awang Damit, Pengarah Kebudayaan dan Kesenian dan Yang Mulia Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Pemangku Pengarah DBP bersama para pegawai DBP.
Lawatan diisikan dengan sesi taklimat ringkas mengenai sejarah dan pencapaian perpustakaan berkenaan; seterusnya meninjau fasiliti dan perkhidmatan yang disediakan di bangunan perpustakaan