Mesyuarat Post-Mortem Pesta Buku Brunei 2026

Khamis, 14 Rabiulawal 1448 | 27 Ogos 2026

Mesyuarat Post-Mortem Pesta Buku Brunei 2026 telah diadakan di Bilik Laila Muafakat, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Berakas.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Mulia Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, Pemangku Pengarah DBP. Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah serta Ketua-ketua Jawatankuasa Pesta Buku Brunei 2026.

Mesyuarat ini diadakan bagi menilai keseluruhan pelaksanaan Pesta Buku Brunei 2026 termasuk pencapaian, pengisian dan pengurusan program, di samping mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi memastikan penganjuran akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih efisien.