Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBilik Bacaan

​BILIK BACAAN DAN RUJUKAN

Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan melalui Cawangan Dokumentasi dan Arkib menyediakan perkhidmatan Bilik Bacaan dan Rujukan bagi pegawai dan kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka, penjawat awam/penyelidik dari kementerian dan jabatan kerajaan, mahasiswa dari Institusi Pengajian Tinggi yang ingin membuat penyelidikan.

Waktu Dibuka

​Hari
Masa
​Isnin - Khamis & Sabtu
​​
8.00 - 11.30 pagi​
1.45 tengah hari - 3.30 petang​


Koleksi (Bahan-Bahan Arkib) 

  • Manuskrip Melayu lama
  • Buku
  • Majalah
  • Jurnal
  • Surat khabar (Pelita Brunei, Media Permata, Borneo Bulletin, Berita Harian, Utusan Malaysia dari tahun 2017)
  • Risalah
  • Kertas kerja
  • Himpunan artikel
  • Pita rakaman

 

Peraturan Penggunaan dan Peminjaman

  1. Bilik Bacaan dan Rujukan hanya boleh digunakan oleh:
    • Pegawai dan kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka
    • Penjawat awam atau penyelidik dari kementerian dan jabatan kerajaan
    • Mahasiswa institusi pengajian tinggi
  2. Pengguna yang bukan terdiri daripada pegawai dan kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah memohon kebenaran secara bersurat kepada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka terlebih dahulu untuk membuat rujukan penyelidikan di Bilik Bacaan dan Rujukan.
  3. Peminjaman bahan di Bilik Bacaan dan Rujukan hanya dibenarkan kepada pegawai dan kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan mengisi Borang Peminjaman dengan lengkap.
  4. Penjawat awam/penyelidik/mahasiswa tidak dibenarkan membuat peminjaman. Bahan-bahan kajian hanya boleh dirujuk di Bilik Bacaan dan Rujukan.
  5. Bahan kajian yang ingin dirujuk hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Penolong Penyelia Arkib/Pembantu Arkib.
  6. Penolong Penyelia Arkib/Pembantu Arkib akan menyediakan bahan kajian yang hendak dipinjam atau digunakan.
  7. Dilarang menulis atau menanda pada bahan kajian yang digunakan.
  8. Bahan-bahan kajian hendaklah digunakan dengan cermat dan teliti serta dijaga dengan baik. Sebarang kerosakan atau kehilangan semasa menggunakan menjadi tanggungjawab awda dan boleh dikenakan tindakan undang-undang dan dituntut ganti rugi.
  9. Membuat sebarang salinan dan menggambar bahan kajian adalah tidak dibenarkan dan jika memerlukan salinan, awda hendaklah mendapatkan kebenaran dan pengawasan daripada Penolong Penyelia Arkib/Pembantu Arkib.
  10. Jika dibenarkan untuk membuat penyelidikan manuskrip Melayu lama, awda hendaklah membawa sendiri kelengkapan seperti sarung tangan, sungkup muka dan kanta pembesar.
  11. Hendaklah menyerahkan kembali bahan-bahan kajian yang digunakan kepada Penolong Penyelia Arkib/Pembantu Arkib di kaunter.
  12. Sebarang masalah yang timbul hendaklah dikemukakan kepada Penolong Penyelia Arkib atau Pembantu Arkib.
  13. Hendaklah berpakaian sopan.
  14. Tidak dibenarkan makan, minum, merokok dan membuat bising.
  15. Untuk keterangan lanjut:

Bilik Bacaan dan Rujukan
Cawangan Dokumentasi dan Arkib
Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan
Tingkat 2, Dewan Bahasa dan Pustaka
Jalan Pembangunan, Lapangan Terbang Lama
Berakas BB3510
Negara Brunei Darussalam
Tel: +673 2382511 sambungan 149