Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKhidmat Terjemahan

PERMOHONAN PENTERJEMAHAN

UNIT PENTERJEMAHAN

PENDAHULUAN

Unit Penterjemahan menyediakan 2 jenis perkhidmatan iaitu:

  1. Khidmat Penterjemahan dari bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.
  2. Khidmat Penyemakan Terjemahan bagi teks bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

TATACARA MEMOHON PENTERJEMAHAN DAN/ATAU PENYEMAKAN TERJEMAHAN

1.     Datang ke Unit Penterjemahan

  • Isi borang hijau yang disediakan.
  • Sertakan Salinan liut (softcopy) teks yang akan diterjemahkan.
  • Sertakan 3 salinan cetak (hardcopy) teks yang akan dierjemahkan.

Teks akan dinilai terlebih dahulu bagi menentukan KESESUAIAN penterjemahan dan/atau penyemakan terjemahan, dan CAJ/UPAH yang dikenakan. (Sila rujuk Jadual Harga Perkhidmatan Penterjemahan dan/atau Penyemakan Terjemahan).

2.     Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon dikehendaki untuk:

  • Membayar sebanyak 50% (bayaran pendahuluan) daripada jumlah caj/upah yang dikenakan. Slip pembayaran (warna jingga) akan diberikan kepada pemohon. Pembayaran boleh dilakukan di Unit Kewangan, Tingkat 4, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, Lapangan Terbang Lama, Berakas. Resit pembayaran perlu dibawa ke Unit Penterjemahan untuk catatan.
  • Membayar baki caj/upah sebanyak 50% (baki bayaran) jika teks telah siap sepenuhnya diterjemah dan/atau disemak. Slip pembayaran yang terdahulu (warna jingga) akan diberikan semula kepada pemohon. Resit pembayaran perlu dibawa ke Unit Penterjemahan bagi penyerahan teks terjemahan/penyemakan yang telah tuntas.

CATATAN:

Bayaran pendahuluan atau bayaran yang sudah dilunaskan TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN jika pemohon membatalkan permohonan yang telah diluluskan.


GENRE

JUMLAH MUKA SURAT

TEMPOH

Teks Umum

Kurang daripada 10 muka surat

15 – 20 hari

Lebih daripada 10 muka surat

Tertakluk kepada persetujuan bersama antara pemohon dengan

Unit Penterjemahan

Teks Teknikal

Kurang daripada 10 muka surat

15 – 20 hari

Lebih daripada 10 muka surat

Tertakluk kepada persetujuan bersama antara pemohon dengan

Unit Penterjemahan

Teks Kreatif

Kurang daripada 10 muka surat

20 – 25 hari

Lebih daripada 10 muka surat

Tertakluk kepada persetujuan bersama antara pemohon dengan

Unit Penterjemahan

 


PERMOHONAN PENYEMAKAN PENTERJEMAHAN

 

GENRE

JUMLAH MUKA SURAT

TEMPOH

Teks Umum

Kurang daripada 10 muka surat

10 – 15 hari

Lebih daripada 10 muka surat

Tertakluk kepada persetujuan bersama antara pemohon dengan

Unit Penterjemahan

Teks Teknikal

Kurang daripada 10 muka surat

10 – 15 hari

Lebih daripada 10 muka surat

Tertakluk kepada persetujuan bersama antara pemohon dengan

Unit Penterjemahan

Teks Kreatif

Kurang daripada 10 muka surat

15 – 25 hari

Lebih daripada 10 muka surat

Tertakluk kepada persetujuan bersama antara pemohon dengan

Unit Penterjemahan