Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Penerbitan dan Pemasaran

PENGENALAN

Bahagian ini terbentuk daripada dua elemen utama, iaitu Penerbitan dan Pemasaran.

Bahagian ini mempunyai 37 orang pegawai dan kakitangan, terdiri daripada lapan orang lelaki dan 29 orang perempuan.

Secara umumnya, Bahagian ini terbahagi kepada lima unit:

  1. Unit Dasar Penerbitan, Hak Cipta, Royalti dan Buku
  2. Unit Majalah dan Jurnal
  3. Unit Rampaian
  4. Unit Penyemakan
  5. Unit Pemasaran, Seranta dan Perhubungan Awam
 

Penerbitan merupakan satu antara bidang teras utama DBP yang bertanggungjawab dalam menyantun akal budi dari segi bahasa, sastera dan budaya dalam bentuk penerbitan cetak buku, majalah, jurnal, bahan rampaian. Penerbitan ini diungkayahkan mengikut program teras jabatan dan proses libat urus berterusan yang dilaksanakan oleh bahagian-bahagian dalam jabatan mahupun Bahagian ini sendiri. Penerbitan dalam konteks jabatan ini pada dasarnya menjadi rekod bahasa, sastera dan budaya yang bergerak dan bernilai, dalam erti DBP berbuat bagi memperkasa pembinaan negara bangsa. 

Dekad ini dan seterusnya, bahagian ini bertanggungjawab dalam merancang dan memberdayamajukan portfolio teras penerbitan melalui program-program strategik yang dirancang secara tersusun bermula dengan pengukuhan terma Perintah Hak Cipta 1999 (berkaitan dengan penerbitan buku) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara sekali gus menguatkan dokumen Perjanjian Penerbit-Penulis, penjualan lesen penerbitan buku, penjualan lesen penerbitan artikel dalam majalah dan jurnal, penjualan lesen buku untuk tujuan terjemahan dan penerbitan korporat (komersial), penjualan lesen penerbitan adaptasi dan khidmat konsultasi penerbitan buku, dan juga penterjemahan dan pengantarabangsaan karya, sama ada genre ilmiah mahupun kreatif.  

Bahagian ini juga bertindak sebagai Urus Setia Pesta Buku Brunei dan Bazar Buku.  Bagi elemen Pemasaran, Bahagian ini secara umumnya mengendalikan promosi dan penjualan buku, majalah dan jurnal DBP sama secara datang terus (walk in) ke Kedai Buku DBP, melalui jerayawara atau pameran, dan langganan. Pembelian boleh dilakukan secara tunai atau melalui mekanisme e-pembayaran yang telah dilancarkan pada 1 Julai 2020.


FUNGSI

UNIT DASAR PENERBITAN, HAK CIPTA, ROYALTI DAN BUKU

  • Menangani tugas strategik bahagian yang berkaitan dengan dasar penerbitan (perjanjian penerbitan: penerbit - penulis, dan kolaborasi dan kerjasama dengan institusi), hak cipta dan perundangannya; 
  • Urus Setia bagi perlaksanaan dan penilaian kerjasama penterjemahan dan penerbitan buku cerita folklor;
  • Urus Setia bagi menilai dan menindaklanjuti permohonan pembelian lesen penerbitan buku, penjualan lesen penerbitan semula artikel dan alih bahasa (terjemahan) karya, penjualan lesen penerbitan korporat (komersial) dan lesen penerbitan adaptasi;
  • Urus Setia bagi Majlis Perjanjian Penerbit - Penulis;
  • Urus Setia Penghargaan Hadiah Buku Terlaris;
  • Mengendalikan proses atur huruf bermula dari penerimaan manuskrip hingga terbit sesebuah buku;
  • Menyediakan spesifikasi cetak untuk tawaran sebut harga penerbitan buku; dan
  • Mengurus pembayaran royalti dan honorarium penulis buku.

UNIT MAJALAH DAN JURNAL

  • Bertanggungjawab mengendalikan proses atur huruf, reka letak dan pembetulan pruf bermula daripada penerimaan manuskrip hingga terbit sesebuah majalah dan jurnal;
  • Menyemak dan menyelaras pruf penerbitan majalah dan jurnal;
  • Menyediakan spesifikasi cetak untuk tawaran sebut harga penerbitan majalah dan jurnal;
  • Menyediakan surat lantikan dan Kontrak Pembekalan kepada pencetak yg berjaya; dan
  • Mengemas kini maklumat kontrak dengan pencetak (pembekal) yang berjaya untuk mencetak majalah dan jurnal ke dalam Sistem TAFIS.

UNIT RAMPAIAN

  • Urus Setia bagi pelaksanaan program strategik Penterjemahan dan Pengantarabangsaan Karya;
  • Urus Setia bagi pelaksanaan Khidmat Konsultasi Penerbitan Buku;
  • Bertanggungjawab mengendalikan proses atur huruf penerbitan rampaian
  • khususnya buku program dan bahan rampaian lain yang relevan bagi acara
  • bahagian-bahagian dalam jabatan, mahupun luar jabatan dan kementerian;
  • Memantau proses percetakan dan perbekalan bagi keperluan Unit Stor;
  • Menguruskan spesifikasi cetak untuk tawaran sebut harga penerbitan rampaian; dan
  • Menyediakan permohonan boranPurchase Order, surat lantikan dan mengendalikan urusan pembayaran bahan cetak rampaian.

UNIT PENYEMAKAN

  • Bertanggungjawab menyemak pruf penerbitan buku, majalah Naindung dan penyemakan penerbitan rampaian;
  • Memastikan penerbitan menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul mengikut standard ejaan baku dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, tatabahasa bahasa Melayu yang berkohesi dan berkoherens, fakta dan data betul dan sahih dalam penerbitan jabatan; dan
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelarasan dan penyemakan buku dan penerbitan lain sebelum kerja seni dihantar ke pencetak.

UNIT PEMASARAN, SERANTA DAN PERHUBUNGAN AWAM

  • Mempromosi, memasar dan mengedarkan terbitan DBP kepada orang awam;
  • Menguruskan penjualan buku, majalah dan jurnal melalui pameran dan jualan, langganan, penghantaran; 
  • Memudah cara pembelian dan langganan melalui mekanisme e-pembayaran pembelian buku;
  • Memudah cara vendor yang berhasrat menjual buku DBP sama ada secara dalam talian atau jualan kedai;
  • Bertanggungjawab menjaga imej DBP dengan meneliti berita dan isu semasa, termasuk pandangan dan aduan orang ramai dalam media massa dan elektronik;
  • Menguruskan publisiti, sidang media dan siaran akhbar (press release); dan
  • Menguruskan lawatan dari luar seperti jabatan kerajaan/institusi pengajian tinggi/maktab dan sekolah ke DBP.                                                                                                                                                                                                                                                                   

Bahagian ini secara umumnya bertindak sebagai Urus Setia Pesta Buku Brunei dan Bazar Buku yang bertanggungjawab dalam merancang dan mengurus perlaksanaan penganjuran Pesta Buku Brunei dan Bazar Buku.