Dasar Penubuhan
- Berusaha dan berikhtiar mengembangkan dan meninggikan bahasa Melayu.
- Menyesuaikan pemakaian bahasa Melayu yang telah dijadikan bahasa rasmi negara mengikut kehendak dan semangat Perlembagaan Negeri Brunei 1959 dalam bab 82 (i).
- Mengeluarkan dan menentukan pengeluaran buku.
- Menyatupadukan ejaan dan sebutan serta mengadakan perkataan teknikal dalam bahasa Melayu.
- Menggalakkan orang-orang yang berkebolehan dalam mempelajari bahasa Melayu.
Peranan DBP - Bertanggungjawab membina dan mengembangmajukan bahasa dan sastera Melayu;
- Menyelidik dan mendokumentasi bahan-bahan kebudayaan;
- Menerbitkan buku, majalah, dan jurnal; dan
- Menyediakan perkhidmatan perpustakaan di seluruh negara.
Tiang Seri DBP - Mendaulatkan dan memperkasa bahasa Melayu;
- Memelihara dan mengembangmajukan warisan bangsa - budaya Melayu (bahasa, sastera, dan persuratan Melayu) untuk mengangkat martabat serta maruah bangsa;
- Mengembangkan budaya ilmu dan membaca melalui ICT dalam kalangan masyarakat;
- Memupuk dan mengembangkan bakat dan kreativiti bangsa yang berkaitan dengan bahasa, sastera, dan budaya Melayu terutama dalam kalangan belia dan generasi muda; dan
- Agenda-agenda bahasa, sastera. Budaya, estetika dan perpustakaan berasaskan falsafah Melayu Islam Beraja
| |