Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil Khusus bagi Allahyarhamah Dayang Siti Hawa binti Haji Yakub
Selasa, 19 Rabiulawal 1448 | 1 September 2026
Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil khusus bagi Allahyarhamah Dayang Siti Hawa binti Haji Yakub yang telah kembali ke rahmatullah pada Rabu, 29 Julai 2026.
Majlis tersebut diselajurkan dengan penyampaian derma belasungkawa kepada anak Allahyarhamah, Awang Amirul Syami bin Zainul Arifin sebagai tanda simpati dan keprihatinan warga Dewan Bahasa dan Pustaka.
Allahyarhamah Dayang Siti Hawa binti Haji Yakub mula berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 30 Mac 1996. Jawatan terakhir beliau ialah Pengarang di Bahagian Sastera dan Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Seluruh warga Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga Allah subhanahu wa taala mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampuni segala dosanya, menempatkannya bersama golongan beriman dan beramal soleh serta mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan.