Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan

PENGENALAN


Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan ditubuhkan semula pada 14 Rabiulakhir 1439 bersamaan 1 Januari 2018 dan mempunyai tiga unit, iaitu:

  • Unit Penyelidikan
  • Unit Dokumentasi
  • Unit Pengiktirafan
STRUKTUR B7.jpg

Bahagian ini diketuai oleh Dayang Hajah Haireni binti Haji Awang Damit, Pegawai Bahasa Kanan dan mempunyai 18 orang pegawai dan kakitangan, iaitu sembilan orang lelaki dan sembilan orang perempuan.

FUNGSI

Unit Penyelidikan

  • Melaksanakan penyelidikan dan penelitian secara komprehensif dalam bidang bahasa, sastera dan budaya.
  • Menyelenggarakan perbahanan Manuskrip Melayu Lama koleksi jabatan untuk penerbitan dan pendokumentasian.
  • Bertanggungjawab mengidentifikasi dan memulihara manuskrip lama.
  • Menyelaras penerbitan buku-buku sastera bagi tokoh-tokoh sastera khususnya tokoh-tokoh yang telah menerima anugerah dalam bidang kesusasteraan. 

Unit Dokumentasi 

Unit Dokumentasi dibahagikan kepada tiga cawangan, iaitu:

  • Cawangan Jurnal Beriga
  • Cawangan Dokumentasi dan Arkib
  • Cawangan Jurugambar

i. Cawangan Jurnal Beriga

Bertanggungjawab mengusahakan penerbitan Jurnal Beriga (keluaran Januari – Jun dan Julai – Disember). 

ii. Cawangan Dokumentasi dan Arkib

  • Pendokumentasian bahan sejarah dan kebudayaan.
  • Menyediakan dokumentasi akhbar tempatan dan asing.
  • Menyediakan bilik bacaan dan penyelidikan, perkhidmatan rujukan dan peminjaman bahan.
  • Bekerjasama dengan institusi dalam dan luar negara bagi melengkapkan pembinaan dan pengembangan maklumat Tamadun Melayu.

iii. Cawangan Jurugambar

  • Membuat liputan penggambaran dalam bentuk foto pegun (still) dan video kegiatan-kegiatan yang dikendalikan oleh jabatan dan Kementerian   Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
  • Menyediakan gambar-gambar untuk dijadikan rujukan dan penerbitan dalam bentuk thumbnail.


Unit Pengiktirafan

Bertindak selaku Urus Setia bagi anugerah-anugerah berikut:

  • Anugerah Penulis Asia Tenggara (S.E.A Write Award)
  • Anugerah Kesusasteraan Islam (AKI)
  • Anugerah Penulisan Islam (API)
  • Anugerah Sunthorn Phu
  • Anugerah Bahasawan
  • Anugerah Duta Bahasa
  • Anugerah Penulis Muda
  • Anugerah Sastera Nasional (ASN)