Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Perpustakaan

MISI 

Memberi perkhidmatan Perpustakaan dan maklumat bagi meningkatkan budaya membaca kepada rakyat dan penduduk di negara ini melalui kakitangan mahir dan koleksi yang komprehensif dan terkini.
VISI Menjadi sebuah perpustakaan utama di Negara Brunei Darussalam

OBJEKTIF
 
  • Menggalakkan dan meluaskan penggunaan buku, maklumat dan bahan perpustakaan melalui perkhidmatan Peminjaman, Rujukan dan Perpustakaan Bergerak.
  • Mendapatkan koleksi lengkap dan bahan perpustakaan lain khusus mengenai Brunei Darussalam tidak kira dimana dan tahun ianya diterbitkan 
  • Mengumpul, menyusun dan menerbitkan indeks dan bibliografi perkara. 
  • Penggunaan menyeluruh komunikasi teknologi maklumat. 

FUNGSI UTAMA

STRUKTUR B6.jpg

UNIT SIRKULASI DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

  1. Menyediakan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan bagi Perkhidmatan Perpustakaan Kanak-Kanak, Muda-Mudi Dan Dewasa.
  2. Menyediakan perkhidmatan peminjaman dan pemulangan bahan bagi Koleksi Bahan Sekolah seperti kertas soalan peperiksaan
  3. Menyediakan perkhidmatan pencarian bahan dan maklumat.
  4. Menyediakan perkhidmatan komputer dan wifi
  5. Menyediakan Perkhidmatan Sistem Peminjaman Kelompok
  6. Menyediakan Perkhidmatan Peminjaman Keluarga
  7. Menyediakan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak
  8. Menyediakan Perkhidmatan Loker
  9. Menyediakan Perkhidmatan Fotokopi
  10. Menyediakan Perkhidmatan e-Buku dan bahan-bahan rujukan digital
  11. Mengawas, mentadbir dan merancang keperluan sistem e-Perpustakaan
  12. Mentadbir dan mengurus laman sesawang rasmi Perpustakaan Brunei Darussalam
  13. Menerima lawatan sekolah-sekolah/Institusi tinggi ke Perpustakaan
  14. Merancang dan Melaksanakan Aktiviti Cuti Penggal Persekolahan

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

  1. Membantu pengguna perpustakaan mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan dengan menggunakan teknologi yang sedia ada.
  2. Menaik taraf sistem yang sedia ada
  3. Menerima aduan dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat
  4. Menyediakan bahan-bahan rujukan secara digital
  5. Memudah dan mempercepatkan akses kepada pelbagai koleksi Perpustakaan
  6. Memelihara koleksi nadir dan koleksi yang mudah rosak serta koleksi yang mempunyai risiko keusangan format, selain dari menambahbaik akses kepada kandungannya melalui penyediaan bahan gantian digital

UNIT RUJUKAN UMUM & SUMBER ELEKTRONIK DAN BRUNEIANA

Menawarkan perkhidmatan maklumat rujukan yang efisyen kepada para pengguna selaras dengan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan

UNIT PEROLEHAN

  1. Bertanggungjawab terhadap pemilihan, pembelian dan pemerosesan buku atau bahan perpustakaan untuk semu cawangan perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
  2. Bertanggungjawab dalam penerimaan buku-buku yang disumbangkan samaada hadiah atau pertukaran ke perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka dari dalam dan luar negeri
  3. Memastikan semua tuntutan dari pembekal adalah betul sebelum diproses ke bahagian kewangan
  4. Menyediakan Rancangan Kerja Tahunan Unit Perolehan
  5. Memastikan buku-vuku yang diterima samaada di beli atau disumbangkan dimasukkan ke dalam buku daftar.
  6. Sebagai Pusat ISBN (International Standard Book Numbering)

UNIT KATALOG

  1. Mengkatalog bahan-bahan perpustakaan secara sistematik mengikut sistem pengkelasan perpuluhan dewey
  2. Mengkatalog semua bahan yang diterima melalui pembelian, hadiah dan pertukaran selaras dengan dasar pengkatalogan yang ditetapkan

UNIT PENYELIDIKAN DAN PERKEMBANGAN

  1. Mengurus latihan pegawai dan kakitangan perpustakaan.
  2. Menjalankan kajiselidik untuk meningkatkan perkhidmatan perpustakaan termasuk menyediakan perangkaan perpustakaan.
  3. Menyediakan laporan perangkaan perpustakaan
  4. Menyediakan laporan tahunan Bahagian Perpustakaan
  5. Menerbitkan Warta Pustaka.

UNIT PENGINDEKSAN SURAT KHABAR / MAJALAH

Menyediakan dan menerbitkan indeks, bibliografi yang mengandungi maklumat-maklumat tempatan/ negara Brunei Darussalam sebagai sumber rujukan mendapatkan bahan/maklumat yang terdapat di dalam koleksi Bruneiana.

UNIT PEMULIHARAAN

Berfungsi dalam menyediakan teknologi maklumat yang diperlukan untuk memenuhi keperluan bahagian Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan cara yang cekap dan berkesan dalam teknikal analisis, reka bentuk, pemuliharaan, pelaksanaan, operasi dan sokongan infrastruktur dan perkhidmatan Teknologi dan Maklumat.