Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Sastera dan Majalah

Pengenalan


Bahagian Sastera dan Majalah ialah bahagian yang menangani kegiatan kesusasteraan dan penyelaras penerbitan majalah dan jurnal terbitan Dewan Bahasa dan Pusaka dalam usaha untuk mengembangmajukan bahasa, sastera dan budaya Melayu di negara ini. 

Bahagian ini terbahagi kepada tiga unit, iaitu Unit Sastera, Unit Majalah Dewasa, dan Unit Majalah Kanak-kanak dan Remaja. Bahagian ini diketuai oleh

Dr. Haji Mohd Ali bin Haji Radin
Pegawai Bahasa Kanan
Ketua Bahagian Sastera dan Majalah
Tel. 2382511 sambungan 136.

Fungsi Dan Peranan


  1. Pemerkasaan dan pengukuhan kegiatan kesusasteraan tanah air untuk mencapai Visi dan Misi Dewan Bahasa dan Pustaka.
  2. Mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara Brunei Darussalam melalui kegiatan kesusasteraan dan penulisan pada peringkat lokal dan antarabangsa.
  3. Berusaha melahirkan produk sastera Melayu melalui kegiatan dan penulisan yang mampu merentas minda global.
  4. Bekerjasama dengan rakan kerja (stakeholder) daripada badan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan penulis dalam penyelengaraan kegiataan atau projek bersama seperti seminar, festival, pertemuan, persembahan seni sastera, bengkel, dialog, dan persidangan.
  5. Menjalin hubungan kerja sastera serantau melalui Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera).
  6. Memberi pengiktirafan kepada penulis tanah air melalui anugerah, hadiah, penghargaan di peringkat lokal dan antarabangsa.
  7. Melaksanakan Program Penulis Muda sebagai projek pemasyarakatan sastera untuk membentuk pipeline dan survival sasterawan dan kesusasteraan Brunei Darussalam.
  8. Mengadakan kegiatan kesusasteraan untuk penulis, pengiat, guru-guru, mahasiswa/i dan penuntut melalui Pantaran Sastera DBP.
  9. Menangani penerbitan jurnal dan majalah iaitu Pangsura, Bahana, Juara Pelajar, Mekar dan Naindung.
  10. Menerbitkan majalah dan jurnal mengikut perancangan yang ditetapkan untuk mencapai sasaran pembaca kanak-kanak, remaja dan dewasa.
  11. Menyediakan dan mendapatkan bahan untuk diterbitkan melalui penyumbang tetap dan penulis yang dilantik.
  12. Mengadakan Jerayawara ke sekolah-sekolah dan institusi pendidikan tinggi bagi mengenalkan majalah sastera  dan juga mencungkil bakat menulis pelajar-pelajar.
  13. Merealisasikan emporium sastera melalui laman sesawang kearah penyebaran produk sastera Melayu ke dunia antarabangsa.

Unit-Unit


STRUKTUR B3.jpg


Unit Sastera

Unit Sastera bertanggungjawab mengendalikan kegiatan sastera seperti Pantaran Sastera, Pertemuan Sasterawan Brunei dan Mastera. Sentiasa bekerjasama dengan rakan kerja (stakeholder) daripada badan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan penulis dan pengiat seni dalam penyelenggaran kegiatan atau projek sastera dan budaya. Unit ini juga berperanan selaku Urus Setia Mastera Brunei Darussalam dalam pengurusan dan pelaksanaan  mesyuarat dan persidangan seperti Mesyuarat Sekretariat Mastera dan Sidang Mastera. Begitu juga dalam kegiatan dan projek Mastera seperti Memperkasa Pantun Nusantara dan Festival Teater Mastera. Seterusnya pengiktirafan dan penganugerahan kepada penulis dan karya sasterawan daripada negara anggota Mastera seperti Anugerah Sastera Mastera (Brunei Darussalam), Hadiah Sastera Mastera (Malaysia), Penghargaan Sasterawan Muda Mastera (Indonesia) dan Hadiah Terjemahan Mastera (Singapura). Selain itu, unit ini juga menangani penerbitan Jurnal Pangsura

Unit Majalah Dewasa

Unit ini bertanggungjawab menyelaras penerbitan majalah Bahana  termasuk Sisipan Lembaran Mastera, iaitu sebuah majalah khusus dalam bidang sastera (kreatif dan nonkreatif). Dengan slogan “Wadah Hati Nurani Penulis Kreatif”, majalah ini diterbitkan dua bulan sekali. Sasaran pembacanya terdiri daripada pencinta sastera, bahasa dan budaya. Di samping itu, mengadakan Peraduan Menulis Cerpen Dan Kritikan Sastera Bahana sebagai aktiviti tahunan bagi melahirkan penulis muda bergiat dan berdaya saing dalam bidang penulisan. Selain itu, mengadakan jerayawara ke sekolah menengah dan pra universiti dalam usaha mengenalpasti para penulis yang berbakat dalam penulisan. . 

Unit Majalah Kanak-Kanak dan Remaja

Unit yang mengendalikan penerbitan majalah khusus untuk pembacaan kanak-kanak dan remaja iaitu Naindung, Mekar  dan Juara Pelajar. Memastikan bahan yang diterbitkan menepati sasaran pembaca sekali gus memenuhi dasar penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka. Mengungkayahkan Peraduan Menulis Karangan Naindung, Mekar dan Juara Pelajar sebagai aktiviti tahunan. Mengadakan jerayawara ke sekolah rendah dan menengah seluruh daerah.